Saturday, February 5, 2011

The main composition of breastmilk

Bismillah wal hamdulillah...


Fat

1. contain factors forming cells of the brain cells, especially DHA, in an appropriate comparison with the AA
2. automatically, the levels of nutrient content in it is changed according to the pregnancy, infant feeding and age
3. almost all the substances contained therein can be absorbed by the baby's body


Protein

1. contain a protein called whey, which are soft and easily digested by the baby's digestive system
2. containing lactoferrin is good for bowel health of babies
3. containing lysozyme, anti-microbial substances
4. rich content of protein components of the brain and body builders
5. rich content of growth factor triggers




Carbohydrate

1. lactose-rich content
2. oligasakarida rich content, substances that are good for keeping baby's small intestine

Antibody

1. rich content of white blood cells live, and the baby will get it in the amount of millions every time he feeds
2. content-rich immunoglobulin



Vitamins and minerals

1. baby's body is more easily absorbed, especially iron (Fe), zinc (Zn), and calcium (Ca)
2. iron contained in it could absorb about 50-75%
3. containing selenium more than infant formula, a sort of anti-oxidant selenium

Enzymes and hormones

1. rich content of the enzymes to aid digestion, such as lipase and amylase
2. rich content of various types of hormones, particularly thyroid, oxytocin and about 15 other types of enzymes


Taste

1. varies according to the types of compounds or substances contained in foods and beverages consumed by mother

Source: YourSuperMom


Sunday, January 2, 2011

Persiapan untuk menyusukan anak

Bismillah wal hamdulillah...

Kali ni sy terjmpa 1 infos berguna yg sy nk simpan dlm blog infos neh...harap2 bleh memberi panduan berguna pada sy pasneh n pada org laen jgk :) sy dpt infos neh dari blog/web SWEETSTORY :)

Apa seseorg tuh perlu persiapkan sblm memulakan proses penyusuan anak secara eksklusif?

ILMU PENYUSUAN

Cari dan dapatkan ilmu mengenai penyusuan secara maksima n seboleh mungkin... caranya adalah:

  •  Melalui pembacaan buku mengenai penyusuan ataupun daripada website2 berkaitan. 
  • Disamping itu, para ibu n bakal ibu jgk boleh la menghadiri kelas penyusuan yg diadakan oleh badan2 n organisasi tertentu terutamanya daripada klinik kesihatan kawasan/daerah anda. 
  • Berkawan/bersahabat baik dgn mereka yg berjaya menyusukan anak secara eksklusif...yg xberjaya mcm sy jgnla xmo berkawan pulak! huhu... at least org yg menyokong penuh penyusuan ibu ini yakni mcm sy! :D hihi
  • Menghubungi pembimbing ibu ke ibu (MBFPC) ataupun peer counselor lactation... ataupun pakar laktasi bg mendapat pendedahan mengenai penyusuan ibu... sy xsure la kt klinik kesihatan kerajaan ada ke tak pakar laktasi neh sbb arituh sy g klinik kesihatan yg mengejutkan sy nurse yg dok cek aisya tuh pn xsusukan anak dia dgn susu ibu... dgn riang mengaku lg... hoh! terkejut jgk.. dia ckp "apa leh wat anak sy xmo!" aikkkk.. dia pn xtau apa2 ka??
  • Menyertai kumpulan sokongan penyusuan ibu (Support Group Meeting) - kt mana ek nk cari SGM ni?kt alor setaq adala...kt perlis sy xpasti...erm... kena plan btol2 la pasneh if nk bersalin lg :)
  • Kalau boleh bersalinlah di hospital rakan bayi (erk... kalu kt spital swasta pun bleh... sblm bersalin tuh berbincang dgn jururawat serta doctor terlibat ttg hasrat kita utk menyusukan penuh anak kita... n niat kita utk rooming in baby selepas dia dilahirkan...)


MENGAPA ILMU PENYUSUAN PENTING

Ilmu sgt penting dalam memastikan penyusuan berjalan dgn lancar. Kerana ilmu yg cetek kemungkinan penyusuan susu ibu tidak berjaya mungkin berlaku.


  • Kuantiti susu perahan tidak menggambarkan kuantiti sebenar yg susu badan kita mampu hasilkan. Yg kita perah itu adalah hasil perahan semata2. Keserasian dgn faktor cara pemerahan itu jg memainkan peranan penting
  • Terlalu obses membuat stok susu sehingga lupa utk menstabilkan kadar penghasilan susu
  • Supply on demand - jika ada permintaan maka adalah penghasilan susunya
  • Kestabilan hormon adalah faktor penting dalam penghasilan susu yg byk - elakkan stress
  • Pam susu, alatan penyusuan, bra penyusuan setakat termampu - usah memaksa diri utk memiliki semua gadjet penyusuan yg mahal atau sbgainya... usaha n komitmen itu lbh penting... :)


Sunday, December 26, 2010

Cara suami menjayakan penyusuan...

Bismillah wal hamdulillah...

9 Cara Suami Membantu Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

1) Membuat pilihan bersama isteri utk melahirkan anak di Hospital Rakan Bayi. Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital utk isteri bersalin. Smua suami mahu yg terbaek tetapi kadang2 lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira. Hospital Rakan Bayi adalah status yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan penyusuan susu ibu dgn sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1jam pertama selepas kelahiran.

2) Menjaga anak (yg lain) semasa isteri dlm pantang - siapkan keperluan. Itu adalah menjadi satu tanggungjwb bg smua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri seketika. Mungking pada masa ini anak2 yg lain akn berasa jauh hati sbb adik baru lahir. Jadi perhatian ibu akn teralih seketika kepada adik yg baru lahir itu. Jadi di sini pentingnya suami melayan anak2 yg lain supaya belajar sayang adik mereka dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa bersama2 anak yg baru

3) Bgn tgh mlm -  salin lampin bayi dan kejutkan isteri utk susukan anak. Suami biasanya akn kejutkan isteri utk susukan anak. Sbg balasan kpd isteri yg tlh menyusukan anak suami kenalah tlg tukarkan lampin anak. Jadi isteri akn rasa dihargai krn suami pun turut membantu bgn mlm

4) Urutuan membanyakkan susu - kaedah urutan utk membanyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan. Siapa lg nk tlg isteri kalau bkn suami. Lagipun masa inilah nk bermanja dari isteri dlm tempoh berpuasa suami.

5) Bantu isteri menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah. Biasanya ibu akn rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tidak langsung bonding akn wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bg memastikan hbgn anak dan bapa rapat.

6) Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama2. Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Suka menangis, tertekan dan bercampur-baur. Peranan suami sgt penting utk memberi seberapa byk pertolongan kpd isteri supaya isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri utk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lg selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dari suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal

7) Supports/sokong/bantu isteri menyusu anak di depan org ramai. Di sini practice mak perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 akan jadi mudah. Penting utk bg susu ibu pada anak2 bila yg anak perlukan. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami boleh tlg cover pada permulaan sehingga isteri biasa.

8) Memberi bantuan kewangan utk isteri yg ingin meneruskan kerjaya utk peralatan penyusuan (pam susu, cooler beg, breastmilk storage bottle dan lain2) Perancangan kewangan sgt diperlukan agar bajet sesuai dan tidak membebankan masalah kewangan yg lain.

9) Galakkan org lain (kwn2, saudara-mara, adik n kakak) utk menyusukan anak dgn susu ibu. Bagi suami yg berpengetahuan ttg kebaikkan susu ibu, kongsilah ilmu itu dgn rakan2 dan kwn2 supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dpt diperluaskan

“Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6

Sumber ehsan dari: SaraKids

Saturday, December 25, 2010

Relaktasi/Relactation...

Bismillah wal hamdulillah...

Sy adalah antara ibu yg gagal dlm menyusu penuh anaknya T__T nanges sebentar... faktor utama yg menyebabkan hal ini ada beberapa yg sy list down'kan utk sy review n atasi lepas neh yakni utk 2nd child insya allah... Antara faktor yg menghalang berjayanya usaha menyusu penuh anak adalah:

1- Kurang ilmu pengetahuan mengenai breastfeeding (pumping schedule dlm pantang, proses pengumpulan stock ebm, pumping schedule di tempat kerja, dan sbgainya)

2- Tidak mendapat sokongan dari suami dan ahli keluarga terdekat (saya la tuh... suami xfhm tp menyokong tp dia sndiri xdak ilmu n xtau pasai breastfeeding, org2 yg menjaga sy masa dlm pantang... dah halang sy buat mcm2 menda terutamanya kumpul stock masa dlm pantang, asik suruh sy bg baby minum susu pakai botol terlalu awal dan kesannya baby mengalami nipple confusion)

3- Negative mind set (sy slalu je kurang yakin dpt menyusu penuh anak walaupun berkerja sbb dgr ckp2 org sekeliling... ibu yg berkerja shj kena biasakan minum fm padahal byk ja cara nk buat. Tak dpt ilmu n pendedahan seperti faktor no.1 tadi, cpt putus asa if hadapi cabaran penyusuan, lemah smgt dgn kata2 n ejekkan org sekeliling yg buta ilmu)

4- Tidak menjaga pemakanan (makan makanan berkhasiat, minum air sebyk mungkin, ambil supplement jika perlu)

5- Sanggup berkorban dan berdisplin (berkorban sbb investment memula nk menjayakan penyusuan ni ada jgk yakni kena bli breastpump, cooler bag, ice pack, breastmilk storage, supplement pastu kena korban masa nk pumping kt tmpt kerja - kena korban time rehat utk pump, kena korban mcm2 la... dan displin pulak kena ikut schedule pumping walaupun kita bknlah sejenis org yg suka ikut schedule tp demi nk menjayakan penyusuan kena ikut btul2 utk elak susu dari merudum)

6- Stress (sy mmg sgt stress dgn kerja besides dgn masalah2 peribadi... mmg sy gagal nk control sume tuh... kerja yg menuntut sy travel ke sana sini n lokasi tmpt kerja pulak jauh mmg rasanya sy xmampu nk cari tmpt pump, bolehkah nk simpan susu lama2 dlm cooler bag sbb lokasi tmpt kerja jauh ditmbh pulak sy akn berkerja luar kawasan hari2 - pergi merata tmpt sbb kerja luar, selamatkah ebm sy kalu da lbh dari 8jam dlm cooler bag? sy xtau lepas ni kerja sy mcm mana)

Kerana faktor2 inilah sy akhirnya akur n redha sy xmampu lg menyusukan penuh my little angle... sapa xsedih weh... hnya allah swt shj yg tahu... walaupun mcm tuh sy tetap jgk pump tp bertambah sengsara bila aisya da mula reject rasa breastmilk... so alternatives sy bg aisya bm pada waktu mlm... waktu dia xsedar n mamai tidur... demi sy nak aisya dpt khasiat susu ibu walaupun tidak sepenuhnya... 

Kerana kecewa terkadang sy skip trus pumping slama 1-2hari... truk jgk sy... tp sy xmampu... kkdg terfikir aku pump2 ni aisya bkn mau minum pun... dahla sikit je susu... buat penat je abes masa pump smpai 15-20minit... hasil yg keluar? hnyalah 0.5oz-1oz... sejak aisya nipple confusion sy hnya bergantung pada pump semata2... lama kelamaan sy dapati production susu makin merosot sejak aisya consume fm... sy menyesal sbb ikutkan sgt nasihat n desakkan mertua dan parents utk memberikan aisya fm... sy sepatutnya buat keputusan utk anak sy sndiri... jadi sy malu relaktasikan kembali susu sy jika sy mampu... sy bg masa utk diri sndiri 1bulan utk melakukannya... andai kesannya masih negative sy redha...

Definisi relaktasi (relactation) menurut Dr.Jack Newman

"Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped for some reasons"

Sebab-sebab sesetgh ibu berusaha utk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dgn susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas seperti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.

Usia 6bulan ke bawah adalah usia yg realistik utk kejayaan relaktasi namun ibu2 masih boleh berusaha utk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6bulan
Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:
  1. memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu;
  2. mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).
Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:
Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhenti
  • Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.
  • Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.
Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu?
  • Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu.
  • Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula.
  • Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.
Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu?
  • Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula.
  • Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif  selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja.
  • Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.
Faktor #4 – Kesediaan ibu.
  • Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh daripada ibu.
  • Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.
  • Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.
Bagaimana caranya?
1. Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu.
  • Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.
  • Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
  1. Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;
  2. Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising;
  3. Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
  4. Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
  5. Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
  6. Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.
  • Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu;
  1. bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
  2. bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.
  • Paten 1. Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan.  Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.
  • Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula.
  • Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu.
  • Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.
  • Paten 2. Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.
  • Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu.
  • Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan.
  • Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu,  jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.
2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.
  • Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu.
  • Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah.
  • Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi.
  • Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.
  • Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?
  1. perah/pam dengan kerap
  2. makan makanan berkhasiat dan seimbang
  3. makan makanan penambah susu seperti Fenugreek
  4. menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
  5. kurangkan stress
  6. berfikiran positif
Kesimpulan: Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.

Sumber ehsan: http://www.momchoice.com.my/blog


Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answers by Jack Newman, M.D., and Teresa Pitman; kellymom.com, naturalchildbirth.org, idahopublichealth.com


Ummi's Journal Getting Started...

Bismillah wal hamdulillah...

1st entry utk blog baru sy! Haih... harapnya tidak terabailah blog ini seperti blog Letter to Aisya Nafisa T__T da sbln lebey xupdate... tsk tsk tsk...  insya allah 1day nk update jgk!

Tujuan blog ni diwujudkan adalah utk kepentingan diri jugak yg slalu jerk lupa daratan/diri utk nk ingat byk2 ilmu yg dicari/dishare oleh para bloggers skalian...sbnrnya ada da di'share dalam blog utama saya yakni F a i z a h ' s tp bila mai part nk rujuk blk cam penin skit nk mencari sbb blog tuh kan da bercampur aduk dgn mcm2 jenis entri... ada yg merapu, byk cerita pasai aisya, pasai kerja, pasai family, pasai kesihatan... dah xleh nk focus da kkdg... :P 

So sy berhasrat nk wat 1pengkalan data utk  dijadikan main tmpt sy nk tulis ilmu2 berkaitan dgn parenting, motherhood, breastfeeding n mcm2 lg berkenaan dgn org da kawen2 neh :D sng skit kalu in future sy nk rujuk n cari blk maklumat2 berkenaan, just masuk sini ja... xpyh sy nk godek2 blog utama sy tuh yg da bercampur baur dah... :) besides utk kepentingan diri, sy jgk tidak menghalang sesapa pn nk rujuk sini jgk... :) sharing is caring kan :) so dipersilakan... nk share sumthing pun bleh... xde masalah... :)

Harap2 blog ni bleh sy jadikan tmpt utk sy rujuk... so da xlupa dah pasneh... n hilang sume maklumat2 penting :) sbg persediaan utk hari2 mendatang sy sbg ibu... insya allah :)