Saturday, December 25, 2010

Relaktasi/Relactation...

Bismillah wal hamdulillah...

Sy adalah antara ibu yg gagal dlm menyusu penuh anaknya T__T nanges sebentar... faktor utama yg menyebabkan hal ini ada beberapa yg sy list down'kan utk sy review n atasi lepas neh yakni utk 2nd child insya allah... Antara faktor yg menghalang berjayanya usaha menyusu penuh anak adalah:

1- Kurang ilmu pengetahuan mengenai breastfeeding (pumping schedule dlm pantang, proses pengumpulan stock ebm, pumping schedule di tempat kerja, dan sbgainya)

2- Tidak mendapat sokongan dari suami dan ahli keluarga terdekat (saya la tuh... suami xfhm tp menyokong tp dia sndiri xdak ilmu n xtau pasai breastfeeding, org2 yg menjaga sy masa dlm pantang... dah halang sy buat mcm2 menda terutamanya kumpul stock masa dlm pantang, asik suruh sy bg baby minum susu pakai botol terlalu awal dan kesannya baby mengalami nipple confusion)

3- Negative mind set (sy slalu je kurang yakin dpt menyusu penuh anak walaupun berkerja sbb dgr ckp2 org sekeliling... ibu yg berkerja shj kena biasakan minum fm padahal byk ja cara nk buat. Tak dpt ilmu n pendedahan seperti faktor no.1 tadi, cpt putus asa if hadapi cabaran penyusuan, lemah smgt dgn kata2 n ejekkan org sekeliling yg buta ilmu)

4- Tidak menjaga pemakanan (makan makanan berkhasiat, minum air sebyk mungkin, ambil supplement jika perlu)

5- Sanggup berkorban dan berdisplin (berkorban sbb investment memula nk menjayakan penyusuan ni ada jgk yakni kena bli breastpump, cooler bag, ice pack, breastmilk storage, supplement pastu kena korban masa nk pumping kt tmpt kerja - kena korban time rehat utk pump, kena korban mcm2 la... dan displin pulak kena ikut schedule pumping walaupun kita bknlah sejenis org yg suka ikut schedule tp demi nk menjayakan penyusuan kena ikut btul2 utk elak susu dari merudum)

6- Stress (sy mmg sgt stress dgn kerja besides dgn masalah2 peribadi... mmg sy gagal nk control sume tuh... kerja yg menuntut sy travel ke sana sini n lokasi tmpt kerja pulak jauh mmg rasanya sy xmampu nk cari tmpt pump, bolehkah nk simpan susu lama2 dlm cooler bag sbb lokasi tmpt kerja jauh ditmbh pulak sy akn berkerja luar kawasan hari2 - pergi merata tmpt sbb kerja luar, selamatkah ebm sy kalu da lbh dari 8jam dlm cooler bag? sy xtau lepas ni kerja sy mcm mana)

Kerana faktor2 inilah sy akhirnya akur n redha sy xmampu lg menyusukan penuh my little angle... sapa xsedih weh... hnya allah swt shj yg tahu... walaupun mcm tuh sy tetap jgk pump tp bertambah sengsara bila aisya da mula reject rasa breastmilk... so alternatives sy bg aisya bm pada waktu mlm... waktu dia xsedar n mamai tidur... demi sy nak aisya dpt khasiat susu ibu walaupun tidak sepenuhnya... 

Kerana kecewa terkadang sy skip trus pumping slama 1-2hari... truk jgk sy... tp sy xmampu... kkdg terfikir aku pump2 ni aisya bkn mau minum pun... dahla sikit je susu... buat penat je abes masa pump smpai 15-20minit... hasil yg keluar? hnyalah 0.5oz-1oz... sejak aisya nipple confusion sy hnya bergantung pada pump semata2... lama kelamaan sy dapati production susu makin merosot sejak aisya consume fm... sy menyesal sbb ikutkan sgt nasihat n desakkan mertua dan parents utk memberikan aisya fm... sy sepatutnya buat keputusan utk anak sy sndiri... jadi sy malu relaktasikan kembali susu sy jika sy mampu... sy bg masa utk diri sndiri 1bulan utk melakukannya... andai kesannya masih negative sy redha...

Definisi relaktasi (relactation) menurut Dr.Jack Newman

"Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped for some reasons"

Sebab-sebab sesetgh ibu berusaha utk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dgn susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas seperti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.

Usia 6bulan ke bawah adalah usia yg realistik utk kejayaan relaktasi namun ibu2 masih boleh berusaha utk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6bulan
Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:
  1. memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu;
  2. mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).
Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:
Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhenti
  • Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.
  • Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.
Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu?
  • Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu.
  • Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula.
  • Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.
Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu?
  • Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula.
  • Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif  selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja.
  • Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.
Faktor #4 – Kesediaan ibu.
  • Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh daripada ibu.
  • Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.
  • Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.
Bagaimana caranya?
1. Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu.
  • Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.
  • Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
  1. Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;
  2. Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising;
  3. Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
  4. Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
  5. Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
  6. Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.
  • Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu;
  1. bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
  2. bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.
  • Paten 1. Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan.  Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.
  • Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula.
  • Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu.
  • Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.
  • Paten 2. Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.
  • Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu.
  • Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan.
  • Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu,  jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.
2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.
  • Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu.
  • Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah.
  • Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi.
  • Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.
  • Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?
  1. perah/pam dengan kerap
  2. makan makanan berkhasiat dan seimbang
  3. makan makanan penambah susu seperti Fenugreek
  4. menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
  5. kurangkan stress
  6. berfikiran positif
Kesimpulan: Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.

Sumber ehsan: http://www.momchoice.com.my/blog


Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answers by Jack Newman, M.D., and Teresa Pitman; kellymom.com, naturalchildbirth.org, idahopublichealth.com


0 comments:

Post a Comment