Sunday, December 26, 2010

Cara suami menjayakan penyusuan...

Bismillah wal hamdulillah...

9 Cara Suami Membantu Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

1) Membuat pilihan bersama isteri utk melahirkan anak di Hospital Rakan Bayi. Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital utk isteri bersalin. Smua suami mahu yg terbaek tetapi kadang2 lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira. Hospital Rakan Bayi adalah status yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan penyusuan susu ibu dgn sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1jam pertama selepas kelahiran.

2) Menjaga anak (yg lain) semasa isteri dlm pantang - siapkan keperluan. Itu adalah menjadi satu tanggungjwb bg smua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri seketika. Mungking pada masa ini anak2 yg lain akn berasa jauh hati sbb adik baru lahir. Jadi perhatian ibu akn teralih seketika kepada adik yg baru lahir itu. Jadi di sini pentingnya suami melayan anak2 yg lain supaya belajar sayang adik mereka dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa bersama2 anak yg baru

3) Bgn tgh mlm -  salin lampin bayi dan kejutkan isteri utk susukan anak. Suami biasanya akn kejutkan isteri utk susukan anak. Sbg balasan kpd isteri yg tlh menyusukan anak suami kenalah tlg tukarkan lampin anak. Jadi isteri akn rasa dihargai krn suami pun turut membantu bgn mlm

4) Urutuan membanyakkan susu - kaedah urutan utk membanyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan. Siapa lg nk tlg isteri kalau bkn suami. Lagipun masa inilah nk bermanja dari isteri dlm tempoh berpuasa suami.

5) Bantu isteri menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah. Biasanya ibu akn rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tidak langsung bonding akn wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bg memastikan hbgn anak dan bapa rapat.

6) Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama2. Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Suka menangis, tertekan dan bercampur-baur. Peranan suami sgt penting utk memberi seberapa byk pertolongan kpd isteri supaya isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri utk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lg selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dari suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal

7) Supports/sokong/bantu isteri menyusu anak di depan org ramai. Di sini practice mak perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 akan jadi mudah. Penting utk bg susu ibu pada anak2 bila yg anak perlukan. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami boleh tlg cover pada permulaan sehingga isteri biasa.

8) Memberi bantuan kewangan utk isteri yg ingin meneruskan kerjaya utk peralatan penyusuan (pam susu, cooler beg, breastmilk storage bottle dan lain2) Perancangan kewangan sgt diperlukan agar bajet sesuai dan tidak membebankan masalah kewangan yg lain.

9) Galakkan org lain (kwn2, saudara-mara, adik n kakak) utk menyusukan anak dgn susu ibu. Bagi suami yg berpengetahuan ttg kebaikkan susu ibu, kongsilah ilmu itu dgn rakan2 dan kwn2 supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dpt diperluaskan

“Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6

Sumber ehsan dari: SaraKids

0 comments:

Post a Comment